Personaliti Zetsu (Akatsuki)

Zetsu boleh dikenalpasti dengan rupa luarannya yang memiliki bentuk seakan-akan sepasang "tumbuhan pemerangkap serangga" yang meliputi bahagian kepala dan bahagian atas tubuhnya. Bentuk luaran khas tersebut juga boleh digunakan untuk menutup dan meliputi keseluruhan tubuhnya, ini membolehkan Zetsu menyamar dengan rupa luaran seakan-akan tumbuhan. Apabila bahagian yang berbentuk khas ini terbuka dan kepala Zetsu boleh dilihat, ia turut menunjukkan bahawa Zetsu memiliki warna yang berbeza untuk setiap separuh bahagian tubuhnya; di mana bahagian sebelah kiri berwarna cerah manakala bahagian sebelah kanan berwarna gelap.

Zetsu juga dilihat seperti memiliki dua personaliti berbeza (personaliti pelbagai atau memiliki lebih daripada satu personaliti di dalam satu badan). Ini dibuktikan di dalam manga versi bahasa Jepun apabila perbualan oleh separuh daripada tubuhnya yang berwarna gelap ditulis dalam tulisan Katakana manakala perbualan oleh separuh daripada tubuhnya yang berwarna terang ditulis dalam tulisan Kanji dan Kana. Di dalam episod anime (Inggeris), kedua-dua bahagian menggunakan suara latar yang berbeza. Kedua-dua bahagian juga dilihat seperti berkomunikasi sesama sendiriyang nyata adalah kedua-dua personaliti tersebut memiliki pendirian yang berbeza [1]. Mereka juga dilihat mampu berkomunikasi dan berhubung menggunakan minda dalaman mereka. Zetsu juga dilihat sebagai seorang kanibal kerana dia akan menguruskan setiap mayat yang berkaitan dengan Akatsuki.

Zetsu berperanan sebagai perisik dan selalu dilihat melakukan tugas seperti "ninja pemburu" kepada organisasi Akatsuki. Zetsu dilihat mampu memindahkan tubuhnya (asal) walaupun sedang terlibat dalam ritual untuk mengekstrak makhluk berekor daripada kuasa pujaan yang telah ditangkap. Ini merupakan kebolehan unik yang dimiliki oleh Zetsu dan ianya membolehkannya bergerak dari satu ke satu tempat yang lain dan melakukan melakukan tugas sebagai peninjau ketika proses pengekstrakkan sedang dilakukan. Ini berkemungkinan kerana kebolehan personaliti pendua yang dimilikinya; membolehkan dia mampu bertindak berasingan di mana mungkin seorang terlibat dengan ritual dan seorang lagi meninjau keadaan sekeliling [2]. Apabila mana-mana ejen atau pihak yang berkaitan dengan Akatsuki atau anggota Akatsuki itu sendiri mati, Zetsu dihantar untuk menguruskan mayat mereka agar ianya tidak mendedahkan pergerakkan organisasi Akatsuki [3]. Oleh kerana peranan yang dimainkan olehnya, Zetsu adalah satu-satunya anggota Akatsuki yang bertindak berseorangan dalam kebanyakan masa. Walaupun begitu, Zetsu dilihat bertindak sebagai seorang individu yang memiliki taraf pangkat yang lebih tinggi daripada anggota lain oleh kerana kebanyakan daripada mereka akan melaporkan semua tindakan kepadanya berbanding melaporkannya kepada ketua mereka iaitu Pain [4]. Zetsu juga merupakan anggota yang dihantar untuk mengambil semula cincin yang ditinggalkan oleh anggota Akatsuki yang mati [5].

Zetsu menunjukkan ketaatan yang tinggi kepada organisasi Akatsuki, sehinggakan ketua mereka iaitu Pain, mempercayai Zetsu sepenuhnya dengan mendedahkan identitinya. Sebagai kemungkinan kepada ketaatannya, Zetsu telah diberikan seorang pengikut bernama Tobi; yang mana kemudiannya Tobi turut menjadi anggota baru di dalm Akatsuki. Zetsu juga turut diperlihatkan sebagai seorang anggota yang mengetahui bahawa Madara Uchiha adalah pengasas kepada Akatsuki. Zetsu juga tahu bahawa Tobi sebenarnya adalah Madara dan ini dibuktikan dalam bab 395 siri manga Naruto apabila Zetsu memberikan laporannya kepada Madara yang sedang memakai topeng yang dimiliki oleh Tobi. Ketika dalam satu perbualan bersama dengan Madara, Zetsu telah menyatakan bahawa "Ia telah agak lama..." dan ini menunjukkan bahawa Zetsu telah mengenali Madara serta telah terlibat dengan segala perancangan Madara selama ini.